Monday, August 3, 2009

Lari dari mulut jerung masuk dalam mulut buaya!


Anologi berkesan??

Bagi mereka yang tidak memahami peribahasa ini, mereka ingat diriku ini buaya..

APAKAH???

Sesengguhnya binatang reptilia itu takde kena mengena dengan kisah yang berlaku kepadaku ini.

Ku pulang ke Kelantan kerana lari daripada H1N1.. (inilah jerungnya). Ku fikir ku akan selamat tanpa sebarang jangkitan di sini.


macamnilah mataku hari ni

Tapi apakan daya.. Malang tidak berbau. Mataku pula dijangkiti penyakit mata yang boleh tahan seriusnye. Perkara ini sememangnye dalam jangkaanku tatkala hampir semua orang dalam rumah ini sudah dijangkiti "epidemic" ni. (inilah buayanya)

"Welcome to the club. Nah amek ubat mata ni, titik 3 titik dalam mata," kata ayahku dengan senyuman yang cukup sinis. Terima je lah ujian ini dengan hati terbuka.


Ubat mata..

Baru ingat nak keluar dating ngan kawan-kawan lama. Dah tak boleh takut-takut sakit mata ni jadi pandemic pulakkan....

Sunday, August 2, 2009

Satu wabak, sebuah percutian, satu kembara, sebuah perjalanan, satu kepulangan!!!


Kepulangan seorang pelajar bertopeng...

"NOTIS PERINTAH PENUTUPAN PREMIS: KOLEJ MARA BANTING"
Notis merah KKM tertampal di pintu kaca lut sinar admin office KMB.. perasaan ini bercampur baur.. perlukah berasa sedih? takut? ataupun gembira??!!
apa-pun cuti tetap cuti!! Terima kasih H1N1 kerana memberi peluang kepadaku untuk pulang ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Tarikh yang tertera pada tiket basku 1 ogos 2009. Tidak terlintas dalam fikiran ini bahawa Kuala Lumpur akan sesak pada tarikh ini semasa membeli tiket. "aiseyman, esok ada demo anti ISA la. polis dah buat roadblock semua jalan," kata pakcik aku. mcm mana nak gi stesen putra plak ni?? hati kecilku bertanya.Naik moto je la.. "Aduh.. dah la aku nak bawak beg besaq," protesku dalam diam. terpaksalah di scale downkan barang-barangku. Hanya beg sandang kepunyaan Mamiti dan beg laptopku yang dibawa pulang.. selamat tinggal buku course campanionku.. tinggalah dikau di rumah makcik ku selama seminggu ya!!

Perjalananku ke stesen Putra menaiki motosikal bersesaran 130 cc, menempuh kesesakan lalu lintas luar biasa Kuala Lumpur. Kesesakan ini agak istemewa sedikit kerana ia disebabkan oleh polis yang melakukan roadblock bagi menghalang demonstrasi anti ISA. Wah, demonstrasi belum mula lagi, tapi kawalan sudah cukup ketat. Sungguh cekap pasukan polis negara kita. Tahniah diucapkan. I wonder di manakah kecekapan ini dalam menyelesaikan kes-kes jenayah seperti penculikan Nurin? Namun, pihak polis telah banyak berjaya menyelesaikan kes-kes jenayah berat.



"Mamumur, kalau nak tinggal lupi sorang kat sini(Putra) pun boleyh!" kataku tatkala tiba di Putra. So, ditinggalkan ku keseorangan di stesen Putra dalam lautan manusia menunggu bas Transnasional bernombor 910 ke Kota Bharu. Oleh sebab tiba sejam awal, novel Vixen 03 karya Clive Cussler menjadi peneman setiaku. Tatkala ku membaca, banyak mata tertumpu ke arahku. Mengapa ya?? Tak pernah lihat orang pakai mask ke? Atau mereka takut aku membawa virus H1N1?

"Kenapalah mamat hensem ni pakai mask? Malu nak tunjuk muka hensem ke?" Mungkin itulah yang difikir mereka.


buku Vixen 03 memang best!!

Tidak seperti Akmal Hayat yang kurang bernasib baik kerana basnya lewat tiba, basku pula tipa sharp on time. Jangan jeolous Mal!!

Sekali lagi nasibku kurang baik (agaknye la) apabila menaiki bas. Mendapat tempat duduk di sebelah seorang perempuan merupakan worst case scenario bagiku dalam sebuah perjalanan bas (seriously). Apa taknya, ku terpaksa mengawal kedudukan badanku sepanjang masa bagi mengelakkan kepalaku atau mana-mana bahagian badanku mendarat di atas bahunya. SUNGGUH TAK SELESA!! 6 jam Peripheral Nervous System & Central Nervous Systemku berkerja dalam sinkro yang cukup mantap bagi mengawal posisi badanku walaupun semasa mataku terlelap dalam masa 30 saat. Ulang sekali: SUNGGUH TAK SELESA!!! Jangan ingat kami lelaki suka apabila ada perempuan duduk di sebelah kami!!!

3.50 pm: Bas kini melalui Manek Urai yang pada hari lahirku menjadi medan pertanrungan antara parti pemerintah di kelantan dan parti pemerintah pusat. Nampaknya, poster-poster pilihanraya kecil masih lagi belum ditanggalkan. Terasa bahang pilihanraya masih membara. "Semeta lagi jah nok sapa ni," itulah perkataan pertamaku dalam dialek kelate selepas melepasi sempadan Kelantan-Pahang. (maksudnye: sekejap lagi nak tiba).

Hujan renyai-renyai menyambut kepulanganku ke Kuala Krai. Ayahku bersama adikku menjemputku. Mereka terkejut melihat mask terlekat di muka ku. "haha.. padan muka H1N1," nak kena budak Khair ni. Tugasan pertama apabila tiba ialah menghantar adikku ke kelas tuisyen mereka. Apalah nasib badan.

Namun, sebelum melaksanakan tugasan tersebut aku menjamah nasi minyak masakan ummi tercintaku. Sedapnya!!! dah 1 bulan 19 hari lidah ini tidak merasa masakan ummi. 4 kali aku menambah.. Nasi minyak DS yang orang claim best pun tak boleh lawan. (sori makcik DS!!)


Nasi minyak ummi still dalam rice cooker... yum3...